PENDAHULUAN



Dewasa ini, bilangan para siswazah universiti kian bertambah sehingga kerajaan perlu menambah bilangan universiti dan kolej yang sedia ada. Namun, kadar pengangguran graduan di Malaysia juga kian meruncing. Senario ini terjadi disebabkan mereka tidak diberi panduan yang secukupnya tentang halatuju dan perancangan kerjaya sehingga mereka menjawat jawatan yang tidak setaraf dengan lulusan yang diperolehi.

Oleh itu, Unit Psikologi, Kaunseling dan Kerjaya (UPKK) dengan kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dan fakulti-fakulti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Karnival Eksplorasi Kerjaya 2012 (CAREX ’12) selaras dengan USIM KRA1 iaitu Holistic Student Development dan Dayagaji Graduan yang mensasarka graduan USIM mendapat pekerjaan dalam tempoh kurang 6 bulan selepas tamat pengajian.

Penganjuran karnival ini adalah selaras dengan Pesta Konvokesyen USIM yang bakal diadakan pada 22 hingga 24 Oktober 2012 bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah dan bakal dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Dr. Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.Karnival tahunan yang diadakan ini bertindak sebagai pendedahan kepada mahasiswa/i USIM dan juga bakal graduan berkenaan prospek kerjaya dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam menghadapi alam pekerjaan kelak.

Ianya berkonsepkan pameran, penerangan dan hari terbuka bagi agensi kerajaan dan swasta yang dijemput oleh pihak urus setia sesuai dengan pengkhususan bidang pengajian di USIM. Pendedahan ini adalah amat penting agar peserta dapat menyediakan diri secara mental dan fizikal dalam menempuh alam pekerjaan kelak.