Tuesday 20 November 2012

Perubahan Tarikh Bengkel Penulisan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua pengunjung dan peserta Karnival Eksplorasi Kerjaya 2012 (CAREX '12), Bengkel Penulisan bersama Utusan Publication yang akan disampaikan oleh Puan Kamsiah Abu, yang dijadualkan pada 23 November 2012 akan ditunda ke tarikh 24 November 2012, jam 11- 12 tengahari bertempat Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM.


Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi kami di talian 0136087497.

Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.

Monday 19 November 2012

TEMUDUGA TERBUKA

Anda sedang mencari KERJA? Keliru dalam memilih syarikat? atau mungkin ingin bertukar angin mencari kerja lain?

Ayuh sertai Temuduga Terbuka yang akan diadakan hanya di Karnival Eksplorasi Kerjaya 2012 pada 22 - 24 November 2012 di Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM

Antara syarikat-syarikat yang akan mengadakan temuduga adalah:

1) Job House Sdn.Bhd.
2) MAA Mutual Berhad
4) Malaysia Airports Holdings Berhad
5) Recron (M) Sdn Bhd
6) Honda Malaysia Sdn Bhd
7) Tenasia Corporation Sdn Bhd 
8) Evergreen Fibreboard (Nilai) Sdn. Bhd.
9) Grand Lexis Port Dickson
10) Pizza Hut Restaurant (M) Sdn Bhd
11) Golden Arches Restaurant Sdn Bhd

dan banyak lagi...

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!

Saturday 17 November 2012

Forum " Bisnes: Kerjaya Bukan Kerja"


Bisnes atau perniagaan merupakan salah satu bidang yang diceburi oleh ramai anak muda pada zaman sekarang. Bahkan, perniagaan juga menyumbangkan sebahagian besar kepada perkembangan ekonomi negara.Bukan itu sahaja, Rasulullah S.A.W juga merupakan salah seorang peniaga pada zamannya.

Pada kali ini, Karnival Eksplorasi Kerjaya 2012 (CAREX' 12) akan membawakan satu forum perniagaan yang akan disampaikan oleh CEO Otai Sdn. Bhd. dan Pengarah Urusan Brotherhood Art Sdn. Bhd yang bertajuk "Bisnes: Kerjaya Bukan Kerja".

Marilah bersama-sama kami pada 24 November 2012 , pada jam 2 petang bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia.

Thursday 15 November 2012

BICARA SELEBRITI


Mohd Shahrul Faizie Zaini merupakan salah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam, yang telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Pelajaran Diraja Pingat Jaya Cemerlang pada Majlis Konvokesyen USIM ke-9 yang lepas.

 Beliau sekarang merupakan seorang wartawan penyiaran dan pengacara bagi beberapa program televisyen seperti Tazkirah Jalanan, Assalamualaikum dan Misteri Alam Melayu di TV-Alhijrah.

Ayuh bersama-sama beliau dalam slot "Bicara Selebriti" pada 24 November 2012 jam 9 pagi bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia.

Alami keunikan dan keistimewaannya hanya di Karnival Eksplorasi Kerjaya 2012.


"Catch the Dream, be the Cream"


~Kami Prihatin~

                         




Career Explorace


"Career Explorace" kini kembali!

Pada tahun ini kami menampilkan sedikit kelainan dari tahun-tahun sebelumnya! Anda pasti akan teruja!

Pada kali ini, Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya USIM dan Kelab Pembimbing Rakan Universiti akan menganjurkan satu lagi pertandingan explorace yang bertemakan kerjaya sempena Karnival Eksplorasi Kerjaya 2012.

Anda pasti akan mendapat pengalaman-pengalaman baru dengan menyertai aktiviti ini kerana anda tidak akan dapat di mana-mana tempat yang lain!

Sebarang informasi tambahan dan prndaftaran boleh menghubungi kami di talian 0136087497.
Berminat?Jom sertainya!

"Catch the Dream, be the Cream"

~Kami Prihatin~

BENGKEL PENULISAN



Luahan perasaan, pendapat, cerita seringkali dilakarkan dalam sehelai kertas atau dimanifestasikan dalam alam maya dan blog. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai bakat yang terpendam yang boleh diasah dengan lebih mendalam sekaligus dapat meghasilkan karya yang mantap dan boleh dipasarkan.

Ayuh bersama-sama kita mengutip sebanyak mungkin tips-tips dan mengetahui cara-cara yang lebih berkesan dalam menghasilkan penulisan yang lebih baik yang akan disampaikan oleh Puan Kamsiah Abu yang merupakan pengarang buku "Sudah Mantapkah Kamu?".

Temui beliau di Karnival Eksplorasi Kerjaya 2012 (CAREX' 12) pada 24 November 2012 jam 11 tengahari bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 0136087497.

"Catch the Dream, be the Cream"

~Kami Prihatin~

Saturday 10 November 2012

BENGKEL JAHITAN FELT



Berminat dalam menghasilkan kraftangan? Inginkan pendapatan sampingan? Tidak ada idea?
KAMI ADA CARANYA.

Sertai kami di Bengkel Jahitan Felt hanya di Karnival Eksplorasi Kerjaya 2012 (CAREX' 12) pada 23 November 2012 bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM.
Dalam bengkel ini, eserta akan diajar cara-cara membuat keychain,brooch, hp strap, dan mini purse.
Hasil jahitan akan menjadi milik anda! 
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, anda boleh menghubungi kami di talian 013-6087497.
Tempat adalah terhad..Siapa cepat dia dapat..


"Catch the Dream, be the Cream"

~Kami Prihatin~

Friday 9 November 2012

SLOT J-QAF


     

 Program j-QAF merupakan ideaY.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui seminar, bengkel dan mesyuarat j-QAF. Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang telah dilkasanakan diperingkat persekolahan rendah.

   Ayuh bersama-sama mengutip sebanyak mungkin info dan maklumat berkaitan J-QAF yang akan disampaikan oleh Puan Nor Azza Ibrahim,  Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bersama kita memeriahkan Pavilion USIM pada 23 November 2012 jam 10pagi.


"Catch the Dream, be the Cream"

~Kami Prihatin~

Thursday 8 November 2012

SLOT SISWI


     
Wanita merupakan sebaik kejadian yang diciptakan oleh Allah S.W.T . Keistimewaan wanita tidak dapat dinafikan lagi kerana didalam Al-Quran Allah membicarakan secara khusus berkaitan mereka dalam Surah Al-Nisa’.Apabila disebut tentang wanita, tentu kita semua membayangkan wanita ini berkaitan dengan dapur dan anak kerana kelembutannya dari segi fizikal dan spiritual. 

        Namun hakikatnya, wanita mampu untuk bersaing dengan golongan Adam dari segi kerjaya. Mereka mampu untuk berkhidmat dalam bidang profesional seperti doktor,peguam,Jurutera dan pelbagai bidang lagi memandangkan pendidikan dan kelayakan mereka yang tinggi.Hampir semua Universiti di Malaysia ini dimonopoli oleh kaum wanita dan kebanyakannya cemerlang dalam akademik. Persepsi masyarakat sebelum ini yang mengatakan bahawa kaum Hawa ini lemah barangkali boleh disangkal melalui kejayaan dan penguasaan mereka dalam bidang kerjaya. 

          Ayuh sama-sama kita merungkai dan memahami dengan lebih mendalam tentang "Muslimah dan Cabaran Bekerjaya" bersama penulis novel cinta islamik terkenal, Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin pada 23 November 2012, bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM.

"Catch the Dream, be the Cream"

~Kami Prihatin~

BENGKEL JAHITAN MANIK



Suka menjahit? Sukakan manik? Sukakan baju yang bling-bling?
Dengan hanya RM15, anda mampu menghasilkan sesuatu yang menarik.. 
Ayuh sertai kami di Bengkel Jahitan Manik : Beat to Beads pada 22 November 2012, jam 2ptg hingga 4 ptg bertempat di Stadium Tertutup Nilai, USIM.
Sebarang pertanyaan,sila hubungi kami di talian 013-6087497.

"Catch the Dream, be the Cream"

~Kami Prihatin~


Thursday 1 November 2012

ATUR CARA CAREX 2012






2012... Karnival Eksplorasi Kerjaya yang lebih dikenali sebagai CAREX telah kembali..nantikan kemunculannya pada 22-24 November 2012 di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM yang pastinya akan menceriakan lagi hari anda dengan pelbagai keunikan aktiviti kami pada tahun ini.. pelbagai peluang pekerjaan dan aktiviti menarik disediakan khas untuk para pengunjung...nantikan kemunculannya.