Friday 9 November 2012

SLOT J-QAF


     

 Program j-QAF merupakan ideaY.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui seminar, bengkel dan mesyuarat j-QAF. Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang telah dilkasanakan diperingkat persekolahan rendah.

   Ayuh bersama-sama mengutip sebanyak mungkin info dan maklumat berkaitan J-QAF yang akan disampaikan oleh Puan Nor Azza Ibrahim,  Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bersama kita memeriahkan Pavilion USIM pada 23 November 2012 jam 10pagi.


"Catch the Dream, be the Cream"

~Kami Prihatin~

No comments: