Thursday 15 November 2012

BENGKEL PENULISAN



Luahan perasaan, pendapat, cerita seringkali dilakarkan dalam sehelai kertas atau dimanifestasikan dalam alam maya dan blog. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai bakat yang terpendam yang boleh diasah dengan lebih mendalam sekaligus dapat meghasilkan karya yang mantap dan boleh dipasarkan.

Ayuh bersama-sama kita mengutip sebanyak mungkin tips-tips dan mengetahui cara-cara yang lebih berkesan dalam menghasilkan penulisan yang lebih baik yang akan disampaikan oleh Puan Kamsiah Abu yang merupakan pengarang buku "Sudah Mantapkah Kamu?".

Temui beliau di Karnival Eksplorasi Kerjaya 2012 (CAREX' 12) pada 24 November 2012 jam 11 tengahari bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 0136087497.

"Catch the Dream, be the Cream"

~Kami Prihatin~

No comments: